Sunday, March 23, 2008

Kronologi krisis MB Terengganu

Kronologi krisis MB Terengganu
Mar 23, 08 11:03pm
Bermula dengan penangguhan majlis angkat sumpah dua hari selepas pilihanraya umum 8 Mac, krisis pelantikan menteri besar Terengganu terus berlarutan hingga saat ini.

Rentetan peristiwa krisis menteri besar Terengganu

10 Mac - majlis angkat sumpah menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

11 Mac - Idris, wakil Jertih dan juga pengerusi BN negeri, kelihatan sugul dan tegang apabila media bertanya persoalan beliau tidak mendapat perkenan istana sebagai menteri besar bagi penggal kedua.

12 Mac - nama Datuk Ahmad Said, wakil rakyat Ajil, antara tiga nama yang disebut-sebut menggantikan Idris.

Setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid, wakil Ajil, dan Datuk Mohamad Awang Tera, wakil Chukai, turut dinamakan.

Mohamad menafikannya kepada Malaysiakini dan menyebut beliau dan wakil-wakil BN akan berdiri di belakang Idris.

14 Mac - Idris mengesahkan tidak hadir dalam pertemuan semua 24 wakil BN dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang dijadual diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

15 Mac - pertemuan wakil-wakil BN dengan MPPR dibatalkan dua jam sebelum dijadual berlangsung 11 pagi.

Seramai 20 wakil BN bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pelantikan menteri besar Terengganu, selain menyatakan sokongan mereka kepada Idris.

Istana Terengganu dilaporkan menafikan pembabitannya dengan isu pelantikan jawatan itu.

18 Mac - Idris menyeru penduduk Terengganu bertenang sewaktu negeri itu ketiadaan menteri besar dan berkata beliau masih belum mendapat apa-apa maklumat mengenai upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut dari pihak istana.

19 Mac - Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak terlibat dalam pemilihan calon menteri besar.

Menurut perlembagaan, kata beliau, Baginda dilarang menjalankan fungsi sebagai Sultan Terengganu kecuali fungsi sebagai ketua agama Islam.

Tan Sri Abdul Gani Patail menambah, dengan itu Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon baginda sendiri bagi jawatan tersebut dan menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan sepenuhnya pada MPPR.

20 Mac - Polis menahan empat lelaki berusia 23 hingga 27 tahun kerana dipercayai membawa 20 helai kain rentang kira-kira 1.45 pagi mengenai pelantikan menteri besar di Jalan Sultan Mahmud, sebatang jalan utama di Kuala Terengganu.

21 Mac - Empat lelaki tersebut, yang disiasat antaranya menurut Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, dibebaskan.

Polis memberi amaran kepada penyebar SMS, yang dilaporkan semakin meluas sejak beberapa hari lepas, tentang isu pelantikan menteri besar.

22 Mac - Pejabat Sultan Terengganu melantik Ahmad sebagai menteri besar dan majlis angkat sumpah diumumkan pagi esoknya.

Seramai 22 wakil BN, yang diketuai Rosol, mengumumkan untuk memulaukan majlis tersebut.

Buletin Utama TV3 melaporkan, seorang ahli politik Terengganu (yang tidak dinamakan) kini sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung beberapa projek di Kijal.

Setiausaha agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Ahmad agar tidak menerima pelantikan tersebut atau sedia menerima tindakan disiplin.

23 Mac - Majlis angkat sumpah ditangguhkan dan Ahmad hanya menerima watikah pelantikan daripada MPPR.

Rosol, bagi pihak kumpulan wakil rakyat BN yang memboikot majlis tersebut, menyerahkan memorandum sokongan untuk Idris dipilih sebagai menteri besar kepada MPPR.

Rosol juga menyatakan Umno negeri telah melucutkan keahlian Ahmad.

Idris bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri selepas sidang akhbar di kediaman rasminya.

Perdana Menteri menyifatkan pelantikan Ahmad tidak mengikut Perlembagaan kerana Ahmad tidak mendapat sokongan majoriti wakil BN.

Malam ini di Kuala Lumpur, semua 23 wakil BN terus mengulangi ugutan untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik MB.

Rosol, di sidang media itu, menafikan kenyataan timbalan ketua badan perhubungan Umno negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang bahawa semua ketua bahagian menolak Idris.

Hanya bahagian-bahagian Hulu Terengganu (diketuai Tengku Putera), Marang, Dungun dan Kemaman (diketuai Ahmad) menolak Idris (ketua bahagian Besut); manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu menyokongnya.

Tuesday, March 11, 2008

HarakahDaily.Net - PAS Kelantan terus berusaha - Nik Aziz

PAS Kelantan terus berusaha - Nik Aziz
Intan Abdullah
Tue | Mar 11, 08 | 08:46:38 AM

KOTA BHARU, 11 Mac (Hrkh) - Setelah memperolehi kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-12, pimpinan PAS Kelantan akan terus berusaha menjaga kemenangan tersebut dengan sebaiknya.

Pesuruhjayanya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau mengharapkan agar semua pihak akan menjaga sebaiknya amanah yang diberikan rakyat kepada PAS untuk terus menerajui negeri serambi mekah itu sejak 18 tahun lalu.

"Kita mesti menjaga sebaik-baiknya anugerah ini dan tidak mudah lalai dan leka dengan nikmat yang dikurniakan Allah," ujarnya pada sidang media sebaik mendapat keputusan pilihan raya ke-12 di Pejabat Badan Perhubungan PAS Kelantan, 8 Mac lalu.

Tegasnya, sejak dilantik menjadi Menteri Besar pada 1990 lalu, beliau sentiasa ingat bahawa kepercayaan yang diberikan rakyat merupakan amanah Allah supaya melaksanakan segala dasar Islam.

"Kerajaan di dunia ini bukan kita yang punya, jangan pandai-pandai buat undang-undang dan peraturan hidup sendiri yang menolak hukum Allah," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak lupa untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada rakyat Kelantan khususnya jentera parti yang telah bertungkus lumus bekerja untuk mempertahankan kemenangan Islam di Kelantan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Kelantan yang telah bekerjasama bagi memastikan Islam terus memerintah, khususnya kepada jentera parti yang telah bekerja keras. Semoga semuanya diterima Allah sebagai amal boleh di sisiNya," katanya lagi.

Mengulas mengenai tohmahan yang selalu diletakkan kepada kerajaan PAS Kelantan, Mursyidul Am PAS itu berkata sebelum ini kerajaan pusat diterajui Umno-BN tetap melaksanakan projek pembangunan di negeri itu meskipun ia berada di bawah kepimpinan kerajaan PAS.

"Ini membuktikan bahawa kita tidak perlu menukar kerajaan bagi membolehkan kerajaan pusat menyalurkan bantuan ke negeri ini," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan pilihan raya kali ini yang baginya di luar dugaan.

"Memang saya terkejut sungguh, ini semua kuasa Allah yang merupakan 'tsunami politik' pada tanah air kita," ujarnya.

Ujarnya, Barisan Alternatif yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP menerima kemenangan ini dengan penuh rasa hormat.

"BA terima kemenangan dengan pernuh rasa hormat, serta yakin dengan Allah kerana tidak ada sesuatu pun yang boleh lawan kuasa ALlah walau pelbagai usaha dilakukan.

"Melihat kepada pelbagai usaha untuk menumbangkan kepimpinan Islam di Kelantan, saya berasa agak sukar. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dengan memberi kemenangan ini," tegasnya.

Beliau turut berpesan kepada pimpinan dan petugas parti yang diberikan kemenangan agar bersikap khusyuk dan tawadhu' dengan apa yang sedang dikurniakan Allah sebagai tanda kesyukuran.

"Kita yang menang, jangan ada sikap berdendam. Sebaliknya kena khusyuk dan tawadhuk bila berdepan dengan kemenangan ini," katanya mengakhiri sidang tersebut.

HarakahDaily.Net - BN Terengganu terselamat dengan bantuan pengundi hantu

BN Terengganu terselamat dengan bantuan pengundi hantu
Awang Harun
Mon | Mar 10, 08 | 4:54:23 pm MYT

MARANG, 10 Mac (Hrkh) - Nasib Barisan Nasional Terengganu lebih baik kerana tidak seburuk rakan-rakannya di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang mengakibatkan berlaku pertukaran kerajaan negeri.

Sebelum ini, Terengganu dan Kelantan menjadi tumpuan utama BN dan strategi membawa masuk pengundi 'luar' (hantu) kedua-dua negeri itu dilakukan sejak PRU Ke-11 lagi.

Namun begitu, senario kali ini tidak semudah disangkakan apabila berlaku kebangkitan rakyat serta gelombang inginkan perubahan.

Pada 8 Mac 2008 lalu, berlaku satu insiden di Kampung Rusila, Marang apabila penduduk setempat bertindak sendirian menahan dua buah bas yang disyaki membawa para pengundi luar, kira-kira jam 10.00 pagi tersebut.

Kedua-dua penumpang bas berkenaan ditahan serta diambil kad pengenalan masing-masing bagi tujuan semakan daftar pemilih di Peti Undi Rusila, Marang.

Harakah dimaklumkan, pengesahan dibuat membuktikan penumpang kedua-dua buah bas tersebut merupakan pelatih jururawat berasal dari Selangor, Perak dan Sabah.

Mereka dikatakan telah didaftarkan sebagai pengundi di Peti Undi Rusila bagi menjatuhkan Presiden PAS dalam pilihan raya kali ini.

Polis yang menerima maklumat berhubung kes tersebut bergegas ke tempat kejadian serta meminta penduduk terbabit menyerahkan kembali sejumlah 58 keping kad pengenalan yang diambil itu.

Sehubungan itu, anak kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang iaitu Muhamad Khalil telah tampil bagi membantu pihak polis mendapatkan kembali kad-kad pengenalan tersebut.

Sebaliknya, pihak polis bertindak agresif dengan menahan Muhamad Khalil di bawah Seksyen 25(1) (a) Peraturan Pendaftaran Negara kerana didakwa kononnya menyimpan kad pengenalan orang lain tanpa mempunyai kuasa sah mengikut undang-undang.

Insiden spontan itu, telah membangkitkan kemarahan anak-anak muda dan penduduk setempat bertindak menghalang serta 'bertempur' dengan pihak polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Dalam kejadian tersebut anggota FRU sekali lagi bertindak agresif dengan melepaskan lebih 20 butir bom asap (pemedih mata) bagi menyurai kumpulan orang ramai itu.

Ekoran insiden tersebut, Muhamad Khalil yang ditahan serta berada di dalam kenderaan pancuan empat roda polis tercedera di kepala akibat terkena serpihan kaca dan batu.

Kejadian tersebut mengakibatkan anak Presiden PAS itu terpaksa menerima rawatan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Rusuhan berlaku seketika akibat tindak balas penduduk setempat mempertahankan diri dari tindakan agresif polis dan anggota FRU terhadap orang awam di tempat kejadian.

Lebih 1000 orang awam terdiri dari kalangan penduduk setempat yang keluar mengundi bertindak mempertahankan diri dari keganasan pihak pasukan keselamatan.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Ayob Yaakob berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis dan setakat ini seramai 24 orang ditahan termasuk Muhamad Khalil.

Katanya, polis menahan 24 individu berusia 15 hingga 60 tahun di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, Seksyen 143 kerana berhimpun secara haram, Seksyen 36 (1) (n) Akta Pilihan Raya dan Seksyen 25(1)(a) Peraturan Pendaftaran Negara.

Presiden PAS, sekali lagi mempertahankan tindakan Muhamad Khalil bersama penduduk setempat menghalang serta menyekat pengundi luar pada insiden 8 Mac 2008 lalu.

Katanya, Khalil dan penduduk kampung Rusila bertindak cemerlang dalam usaha memulihkan demokrasi di negara ini.

"Dia (Khalil) dan penduduk kampung ini (Rusila) ditahan polis dan tercedera kerana terkena batu ketika berada dalam kenderaan polis dan saya berbangga dengan dia.

"Biarlah, dia (anak) kena tahan kerana berjuang menuntut keadilan dalam demokrasi yang semakin tercemar," ujarnya ketika ditemui di rumahnya, Sabtu lalu.

Katanya, Muhamad Khalil bersama penduduk berjaya menahan dua buah bas yang disahkan pengundi berasal dari Selangor, Perak dan Sabah.

Kejadian tersebut telah berjaya menyelamatkan kerusi PAS Rhu Rendang serta berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Marang dari tangan Barisan Nasional.

Keputusan pilihan raya menunjukkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan kerusi Rhu Rendang menewaskan calon BN, Razali Idris dengan majoriti 2,686 undi.

Manakala, bagi kerusi Parlimen Marang pula berjaya dirampas kembali menewaskan calon BN, Dato' Dr Ahmad Ramzi Zubir dengan majoriti 2,747 undi.

Tinjauan Harakah pada hari pengundi berlaku mana-mana tempat yang 'panas' serta berjaya menahan pengundi luar masuk ke tempat mengundi didapati akan dimenangi oleh calon PAS dalam Pilihan Raya ke-12 ini. - mr

HarakahDaily.Net - Presiden PAS bangga atas keberanian anak tahan pengundi hantu

Presiden PAS bangga atas keberanian anak tahan pengundi hantu
Salmah Mat Husain
Mon | Mar 10, 08 | 11:38:27 AM

KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, melahirkan rasa bangga terhadap anaknya yang berani menentang kezaliman dan ketidakadilan semasa proses Pilihan Raya Umum berjalan kelmarin.

Menurut Tuan Guru, akibat keberanian Muhammad Khalil, berserta 21 penyokong yang lain yang berani menghalang pengundi luar dari mengundi di Kampung Rusila, Marang dekat sini tertangkap.

Katanya, mereka berusaha bertindak menghalang tiga buah bas yang dipercayai membawa pengundi luar yang kebanyakkannya datang dari Perak, Kedah dan Selangor.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri, di sini petang semalam ketika bertanya berhubung anaknya.

Bagaimanapun Tuan Guru belum mengetahui status anaknya sekarang, kerana perkara itu diserahkan kepada pihak parti di Terengganu untuk menguruskannya.

“Saya begitu bangga dengan pengorbanan gigih yang diberikan oleh anak saya berhubung perkara itu demi untuk menuntut keadilan,” ujarnya.

Kelmarin polis Terengganu menghalang anaknya termasuk 21 orang penyokong kerana bertindak menahan bas serta merampas kad pengenalan pengundi di Kampung Rusila.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu, 200 hingga 300 penyokong PAS bertindak menahan tiga buah bas dan beberapa kenderaan awam yang melalui kawasan tersebut untuk menahan mereka yang disyaki pengundi hantu.

Dalam sidang media itu juga, Tuan Guru turut melahirkan rasa terkejutnya di atas kemenangan besar pakatan pembangkang hingga berjaya menjatuhkan empat buah negeri, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.

Menurutnya, kemenangan itu merupakan isyarat rakyat sudah muak dengan janji kerajaan BN yang hanya berbangga dengan kemajuan pembangunan.

Katanya, apa yang dapat dilihat kemenangan besar calon BA berjaya diperolehi di pusat dan pinggir bandar di mana mereka ini terdedah dengan pelbagai sumber bacaan seperti internet, akhbar dan sebagainya.

Sambungnya, berbanding masyarakat kampung hanya lebih terdedah dengan ‘umpan’ yang diberikan oleh pihak BN melalui media mereka seperti televisyen. - mns

HarakahDaily.Net - Kebangkitan rakyat kini lebih hebat berbanding PRU 1999

Kebangkitan rakyat kini lebih hebat berbanding PRU 1999
Harakahdaily
Fri | Mar 07, 08 | 12:08:21 PM

POKOK SENA, 7 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar yakin gelombang rakyat menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 ini lebih baik berbanding tahun 1999.

Katanya, pada 1999, PAS dan rakan-rakan dalam BA sukar menembusi kawasan pengundi bukan Melayu, tetapi kali ini situasi amat berlainan.

Mahfuz yang ditemui ketika berkempen di Taman Lam Soon, Derga dekat ini berkata, kali ini kaum Melayu, Cina dan India sudah bersatu untuk memperjuangkan hak-hak rakyat yang ditindas BN.

Menurutnya, tahun 1999 menyaksikan gelombang besar kebangkitan rakyat yang prihatin dengan kezaliman ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Namun katanya, isu tersebut hanya berjaya menggerakkan kesedaran di kalangan orang Melayu. "Kita alami kesukaran untuk menembusi kawasan Cina dan India sehingga pilihan raya tahun 2004. "Tetapi kali ini suasana amat berbeza, kita mendapat sokongan luar biasa, mereka (kaum Cina dan India) mengundang kita berceramah, membuka pos kita, mengedar risalah dan berkempen untuk kita," ujarnya.

Fenomena ini katanya, bukan sahaja berlaku di Kedah, malahan di seluruh negara, menunjukkan sokongan yang hebat kepada pembangkang.

Beliau yakin, Umno-BN yang selama ini bergantung kepada undi kaum Cina dan India amat tergugat sekarang ini. - mr

HarakahDaily.Net - Faktor anak perantau tingkatkan kemenangan BA di Kelantan

Faktor anak perantau tingkatkan kemenangan BA di Kelantan
Rizal Tahir
Tue | Mar 11, 08 | 03:49:35 PM

KOTA BHARU, 11 Mac (Hrkh) – Kepulangan anak-anak Kelantan di perantauan dikenal pasti antara faktor menyebabkan Barisan Nasional (BN) sukar mempertahankan pencapaiannya pada pilihan raya umum lalu.

Ini kerana pada pilihan raya umum ke-11, tidak ramai anak-anak perantau pulang mengundi kerana mereka yakin PAS tidak mampu digugatkan ketika itu.

Tanpa kepulangan anak-anak Kelantan menyebabkan BN mendapat lonjakan besar sehingga mampu menguasai 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun). Dan kerusi BN bertambah lagi kepada 22 apabila memenangi pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada Disember 2005.

Sehubungan itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Dato' Takiyuddin Hassan merakam ucapan terima kasih dan penghargaan tinggi kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang mengundi.

Katanya, anak perantau yang pulang mengundi dari seluruh pelusuk negara dianggap sebagai second force dalam membantu kemenangan PAS dan KeADILan mengekalkan pentadbiran Islam di Kelantan.

"Kesungguhan saudara-saudara untuk pulang mengundi dengan niat mempertahankan kerajaan Islam di negeri ini sungguh luar biasa," katanya di majlis kesyukuran anjuran Majlis Tindakan Dun Bunut Payong di sebuah restoran di sini malam tadi.

Menurut beliau PAS Kelantan tidak akan mengsia-siakan pengorbanan anak Kelantan dan bersedia memberi penghormatan kepada mereka dalam bentuk yang difikir sesuai.

Selain itu kata Takiyuddin yang menang di Dun Bunut Payoang berkata, faktor kesungguhan jentera pilihan raya PAS yang bekerja siang malam merupakan kekuatan dalaman.

Menurutnya keadaan tambah menarik lagi dengan kepulangan perantau yang berduyun-duyun, dianggap tenaga kedua bagi menyumbang kejayaan cemerlang pada pilihan raya kali ini.

Takiyuddin juga menyifatkan kempen pilihan raya ke-12 sebagai situasi penuh mencemaskan di samping tekanan paling tidak demokratik pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Sehingga pagi hari mengundi saya dan Tok Guru Nik Abdul Aziz terus menerima laporan tentang pelbagai taktik kotor yang dilakukan parti lawan,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana pengundi menunjukkan kematangan yang tinggi dan tidak termakan dengan tipu daya parti pemerintah yang memperalatkan segala kemudahan milik rakyat dan media massa.

"Keputusan yang dibuat rakyat memberikan lima negeri dan Wilayah Persekutuan kepada BA menunjukkan maruah rakyat tidak boleh digula-gulakan dengan tipu daya murahan," ujarnya. - mj

HarakahDaily.Net - Taufek janji akan potong 50 peratus gaji Adun untuk penduduk Paroi

Taufek janji akan potong 50 peratus gaji Adun untuk penduduk Paroi
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Mar 11, 08 | 03:12:40 PM

KOTA BHARU, 11 Mac (Hrkh) - Adun Paroi (Negeri Sembilan) yang baru, Mohd Taufek Abdul Ghani yang mewakili PAS dalam Dun Negeri Sembilan berjanjia akan memotong sejumlah 50 peratus gaji yang diterimanya sebagai Adun untuk kebajikan rakyat Paroi.

Menurut Mohd Taufek, wang itu akan dipotong setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Rakyat Paroi semata-mata untuk melihat rakyat dalam Dun Paroi yang susah menerima bantuan.

Namun beliau juga akur dengan keadaan bahawa beliau satu-satunya wakil PAS di Negeri Sembilan, dan menghadapi kesulitan bergerak kerana bantuan mungkin tidak akan dapat diperolehi daripada kerajaan BN yang memerintah.

Semasa dihubungi Harakahdaily pagi tadi, suara Mohd Taufek agak terketar-ketar dan mungkin kerana agak tidak percaya dengan kemenangan beliau menewaskan calon BN.

Dalam nada sederhana, Mohd Taufek yang juga bekas Jurutera Kanan Samsung Sdn Bhd menyifatkan kemenangan beliau ini adalah hasil usaha jentera PAS yang dikuatkan dengan bantuan Ngo seperti Jim dan Kelab Penyokong PAS Negeri Sembilan.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Biokimia dari UKM ini berhasrat membuka Pusat Khidmat Rakyat selain menginfakkan 50 peratus dari gaji yang bakal diterimanya selaku Wakil Rakyat Paroi ke dalam Tabung Rakyat Paroi.

Pusat Khidmat antara lain mungkin akan ditempatkan di Dataran Senawang untuk memudahkan masyarakat bertemu dengannya, kata Mohd Taufek yang mempunyai empat orang anak dan menetap dalam Dun Paroi hampir 15 tahun lamanya.

"Saya tahu agak sukar menjadi pembangkang ini dengan bantuan sudah pasti tiada dari kerajaan BN, namun saya yakin dengan kerjasama parti, rakan-rakan, petugas PAS, nasib rakyat Paroi akan diutamakan, justeru itu saya akan infakkan pendapatan saya sebagai Adun sebanyak 50 peratus untuk tabung yang ditubuhkan," katanya ikhlas.

Suami kepada Mahani Musa (seorang guru) ini akan menjafikan kepercayaan rakyat Paroi asas kepada ketekunan untuk membela nasib rakyat paroi antaranya isu pekerja, isu kebajikan, isu keselamatan dan perumahan di sini.

Beliau juga telah bertemu dengan wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) untuk membincangkan sebarang bentuk persefahaman dalam Dun kerana KeADILan mempunyai dua wakil di Dun bersama 11 lagi dari DAP.

Mohd Taufek adalah Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan selain pernah menjadi Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat.Beliau cukup aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Beliau melakar sejarah PAS Negeri Sembilan apabila buat pertama kalinya PAS menang dalam Pilihan Raya Umum bagi melahirkan anak sulong PAS ke majlis mesyuarat Dun Negeri Sembilan.


HarakahDaily.Net - Kerajaan BA Kedah rujuk model pentadbiran Kelantan

Kerajaan BA Kedah rujuk model pentadbiran Kelantan
Salmah Mat Husain
Tue | Mar 11, 08 | 1:10:11 pm MYT

KOTA BHARU, 11 Mac (Hrkh) – Kerajaan Barisan Alternatif (BA) di Kedah akan menjadikan Kelantan sebagai model bagi melaksanakan pentadbirannya yang ternyata mampu memberi keadilan kepada semua rakyat.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, apa yang dilaksanakan kerajaan Kelantan di bawah kepemimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akan dicontohi kerajaan Kedah.

“Untuk itu kita akan mencontohi pentadbiran yang diasaskan di Kelantan bagi dilaksana di negeri Kedah,” ujarnya pada sidang media di sini, kelmarin.

BA di Kedah berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 22 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). PAS menang 16 kerusi, KeADILan (empat), DAP dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Sedangkan Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 14 kerusi Dun. Abdul Hadi yang juga menang di parlimen Marang dan Dun Rhu Redang berkata, Kelantan berjaya menjadi model kepada semua masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau juga berkata, kerajaan BA di Kedah akan meneruskan mana-mana pembangunan yang ditinggalkan kerajaan sebelumnya bagi memastikan kebajikan rakyat lebih terbela.

“Apa yang menariknya semua negeri yang kita menang merupakan negeri yang sudah membangun, itu menandakan rakyat yang mengundi kita memahami apa itu sebenarnya pembangunan.

“Pembangunan adalah perkara biasa yang harus dilaksanakan pemerintah, namun apa yang penting bagaimana untuk mengisi dan melaksanakan pembangunan dengan cara yang baik, adil atau sebaliknya,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya kemenangan calon BA di kawasan bandar membuktikan rakyat tidak memburu pembangunan semata-mata kerana ia tetap dilaksanakan mana-mana pemerintah.

“Apa yang penting rakyat inginkan perubahan dalam tampuk pentadbiran yang dapat membawa mereka kepada keamanan dan kesejahteraan,” katanya. - mj


Monday, March 10, 2008

Gmail - [dsiusm] Satu Catatan Pengalamana Yang Menarik - Fw: [msk-net] Dah buat xperimen...hasilnya; Kekalkan PAS di Kelantan - ummialia@gmail.com

Dah buat xperimen. Hasilnya, kekalkan PAS di Kelantan!
>
>
> Ani bersekolah di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP),
> Kota Bharu pada tahun 1986-1992. Dari tingkatan
> Peralihan hingga 6 Bawah. Menjadi kebiasaan bagi
> sekolah-sekolah tajaan Yayasan Islam Kelantan (YIK),
> pelajar yang mengambil SPM terus belajar di tingkatan
> 6 Bawah sebagai persediaan mengambil STU (Sekarang
> STAM) walau keputusan SPM belum keluar. Ini salah
> satu budaya ilmu yang wujud di Kelantan. Ia sangat
> produktif buat para pelajar. Pelajar tidak perlu
> menunggu satu tempoh yang lama untuk terus menuntut
> ilmu. Minda tidak boleh di'vakum' terlalu lama.
> Nanti ia dijajah oleh anasir yang tidak sihat. Luar
> dan dalam.
>
>
> Ani berulang alik menaiki bas SKMK (Syarikat Kenderaan
> Melayu Kelantan) setiap hari. Kedudukan MMP di tengah
> Bandar Kota Bharu serta berdekatan pula dengan stesen
> bas awam SKMK menyebabkan Ani dan ratusan pelajar
> hanya perlu berjalan kaki antara sekolah dan stesen
> bas tersebut. Dari pintu pagar belakang (belakang
> supermarket Pantai Timur sekarang), Ani dan
> kawan-kawan sering melintasi Pasar Besar Buluh Kubu
> untuk ke stesen bas.
>
> Antara tahun 1986-1990, pemandangan harian di Kota
> Bharu tidak banyak berubah. Kawasan setinggan yang
> kotor berjiran dengan Pasar Besar Buluh Kubu menjadi
> pemandangan harian. Awal pagi, Ani dapat menyaksikan
> bagaimana ais di punggah dari kawasan setinggan
> tersebut untuk dibekalkan kepada peraih-peraih ikan.
> Kawasan tersebut agak becak.
>
> Tiada bangunan baru atau hebat-hebat. Paling hebat
> pun bangunan Wisma Persekutuan setinggi 14 tingkat.
> Satu itu sahaja.
>
> Konsert-konsert hiburan juga sering berkunjung ke Kota
> Bharu. Masa itu, zaman Rock. Maka ramailah
> pemuda-pemuda berseluar ketat, berambut panjang
> berkeliaran di Kota Bharu. Pernah juga berlaku adegan
> kejar-mengejar antara dua pemuda kerana berebutkan
> gadis dari stesen bas hingga ke Hankyu di tebing
> Sungai Kelantan (sekarang The Store). Haru.
>
> Para pemudi pula berbangga dengan fesyen rambut
> pelbagai. Juga fesyen pakaian yang ketinggalan zaman.
> Memakai skirt paras lutut atau berseluar dipadankan
> dengan blause tanpa bertudung lumrah kelihatan pada
> gadis-gadis Islam. Jarang kelihatan puteri-puteri
> Tanah Serendah Sekebun Bunga yang sanggup keluar
> berjubah dan bertudung labuh. Macam orang tua. Itu
> yang mereka rasa. Ibu bapa pun lebih-lebih lagi tidak
> menggalakkan. Bimbang anak dapat pangkat andartu.
> Kalau mahu keluar rumah bertudung, nanti disindir dan
> dikata macam-macam. Kalau pun ada yang sanggup
> menutup aurat dengan sempurna, kebanyakan mereka dari
> sekolah YIK.
>
> Setiap hari juga Ani dapat melihat premis-premis
> judi, arak dan kelab malam 'memakmurkan' bandar Kota
> Bharu. Melintasi Jalan Hamzah untuk ke sebuah kampung
> di seberang Sungai Kelantan, Ani dapat melihat setiap
> hari satu kedai tertulis Sport Toto di atasnya.
>
> Kampung Ani terletak kira-kira 5 km dari Kota Bharu.
> Satu kawasan orang kampung di Pasir Pekan dijarah
> dijadikan padang untuk pertandingan vokal terbaik
> burung Tekukur. Gadis seusia Ani tidak berapa faham
> kenapa tanah orang kampung tersebut diambil hanya
> untuk dipacakkan tiang bagi menaikkan burung Tekukur.
> Sesetengah orang tua cakap ia sejenis perjudian juga.
> Ani tidak faham. Mungkin kerana sebahagian mereka
> bertaruh, burung mana yang akan menang. Itu belum
> lagi diambil kira judi laga ayam dan laga biri-biri.
>
> Selain Si Tekukur, padang tersebut juga di isi dengan
> ekspo yang berlangsung sebulan lamanya. Bermula waktu
> petang, para peniaga mula sibuk di gerai
> masing-masing. Malamnya pelbagai jenis hiburan
> disajikan. Rumah hantu. Pelbagai jenis permainan.
> Konsert nyanyian. Pada masa itu, antara artis
> terkenal ialah Ogy Ahmad Daud, Noreen Noor, M Daud
> Kilau dan lain-lain. Para ibu bapa yang faham Islam
> tidak mampu menegah anak teruna dara mereka dari
> berkunjung ke tempat sedemikian. Apatah lagi jika
> mereka boleh sampai dengan hanya berjalan kaki. Lagi
> pula, selain hiburan, tiada apa-apa masalah pada
> gerai-gerai jualan. Ani baru berusia 13 tahun pada
> masa itu. Belum faham apa-apa tentang Islam. Apatah
> lagi berhubung pemerintahan dan politik Islam. Hanya
> yang jadi pengenalan keislaman ialah solat 5 waktu,
> puasa Ramadan dan pandai baca Quran. Kelaziman yang
> sering dititipkan oleh para ibu bapa muslim.
>
> Hasil hiburan yang dibanggakan UMNO itu, maka
> terdapatlah gadis yang 'selamat' dirogol secara
> bergilir-gilir. Para perogol pula 'selamat' ditangkap
> dan diangkut dengan trak polis. Kadang-kadang tapak
> ekspo itu di'makmur'kan pula dengan seluar dalam yang
> 'keciciran'. Maknanya hiburan yang biasa tamat jam 12
> malam dimanfaatkan segelintir pengunjung menyambung
> 'hiburan' hingga ke pagi.
>
> Jambatan Sultan Yahya itu, dari tahun 1986 Ani mula
> berulang ke sekolah menaiki bas memang sudah jem.
> Penduduk di sekitar jajahan Rantau Panjang, Pasir Mas
> dan Tumpat berkongsi jambatan dua lorong itu setiap
> hari. Menambah sesak di waktu pagi ialah
> peraih-peraih yang membawa masuk barangan dari Selatan
> Thai sama ada dari Golok atau Tak Bai ke Kota Bharu.
> Sepanjang 4 tahun itu (1986-1990), tidak munasabah
> langsung UMNO yang memerintah Kelantan yang 'obses'
> dengan pembangunan tidak menyedari akan keperluan
> membesarkan jambatan tersebut. Walaupun ramai pelajar
> yang turun dari rumah sebelum tanah disimbahi cahaya
> mentari pagi, namun lewat juga mereka sampai ke
> sekolah gara-gara kesesakan ini.
>
> Ani Dan Kuliah Tok Guru
>
> Seingat Ani sejak berusia 12 tahun, dia dibiasakan ke
> kuliah Tok Guru Nik Aziz (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
> Mat) oleh kedua ibubapanya. Kuliah diadakan setiap
> pagi Jumaat di Dewan Zulkifli, Pejabat Perhubungan
> PAS, Jalan Dato Pati, Kota Bharu. Hati Ani yang masih
> suci mudah tersentuh dengan bicara Tok Guru yang
> bersifat Rabbani. Paling Ani ingat, tatkala berusia
> 14 tahun, Ani semakin faham tentang erti kehidupan.
> Seboleh-boleh, Ani tidak mahu 'miss' walau sekali ke
> Kuliah Tok Guru. Kuliah Tok Guru benar-benar
> membebaskan minda dari terbelenggu dengan ideologi
> ciptaan manusia. Lebih dari itu, ia mengisi hati yang
> baru mahu mengenal Allah. Ani tidak lupa pada ibubapa
> yang merintis jalan supaya membesarkan kehidupan di
> akhirat kelak. Mata dan telinga Ani mula peka dengan
> keadaan yang berlaku di sekeliling.
>
> Namun ketika itu, Ani tidak berapa suka dengan PAS.
> Walau sebaik sahaja Ani menjenguk dunia, tahu-tahu ibu
> dan ayah sudah 'berbulan purnama'. Memang pembohong
> besar sesiapa yang mengatakan Tok Guru mempergunakan
> Islam untuk kepentingan politik. Yang betulnya, Allah
> memang suruh ambil Islam sebagai dasar apabila mahu
> berpolitik.
>
> APU Sapu Bersih
>
> Satu malam yang sungguh bermakna bagi rakyat Kelantan
> telah merubah banyak perkara dalam kehidupan mereka.
> Tanggal 21 Oktober 1990, Ani begitu teruja menunggu
> keputusan pilihanraya di radio. Televisyen tiada pada
> waktu itu. TV lama rosak, Ayah tidak menggantinya.
> Satu persatu keputusan diumumkan. Kalau bukan PAS,
> Semangat 46 yang menang. Bergilir-gilir. Ani menanda
> setiap keputusan di halaman akhbar. Hampir jam 5
> pagi. Tinggal 1 kerusi lagi belum diumumkan iaitu
> kerusi Tengku Razaleigh Hamzah. Ani tidak mampu lagi
> menongkat mata. Keesokan harinya, Ani mengucapkan
> syukur kepada Allah. Angkatan Perpaduan Ummah menyapu
> bersih. Apatah lagi, hari ketiga Tok Guru kesayangan
> ramai ditabalkan sebagai Menteri Besar (MB). Kuliah
> pagi Jumaat pertama selepas kemenangan, orang ramai
> memenuhi dewan dan Jalan Dato Pati. Sungguh berbeza
> Ani dan orang ramai rasakan bila MB memberi kuliah
> agama. Seorang MB yang cintakan Allah dan RasulNya.
> Islam itu hidup dalam dirinya.
>
> Sejak dari itu, Ani mula nampak perubahan di Kota
> Bharu khususnya. Setinggan jiran Pasar Besar Buluh
> Kubu sudah tiada. Kawasan itu telah dibersihkan.
> Pasar itu mendapat jolokan baru, Pasar Besar Siti
> Khadijah. Kedai-kedai arak dan judi juga dimansuhkan
> terus. Kecuali untuk minoriti non muslim, mereka
> dibenarkan berjualan arak untuk sesama mereka sahaja.
> Signboard Sport Toto di Jalan Hamzah tidak lagi
> kelihatan. Tiada juga hiburan liar dan melalaikan
> muda mudi. Bertambah wanita menutup aurat. Tiada
> lagi wanita dieksploitasikan untuk melariskan jualan
> lewat papan-papan iklan. Pantai Cinta Berahi yang
> sering Ani kunjungi juga berubah imej. Memakai nama
> baru, Pantai Cahaya Bulan tidak lagi memaparkan
> gadis-gadis Mat Saleh yang berbikini. Hati Ani dan
> para penduduk Negeri Tadahan Wahyu semakin tenang.
> Terasa sangat negeri dipayungi rahmat Tuhan, diberkati
> reda Allah. 'Baldatun thoyyibatun wa rabbun ghafuur'.
>
> Walaupun Ani hanya sempat 22 bulan bernaung di bawah
> kepimpinan ulama, namun Ani menyaksikan banyak
> perubahan dilakukan menurut kemampuan kerajaan Islam
> Negeri Kelantan. Ye lah... bukan calang-calang
> pengurusan dapat mengurangkan hutang kerajaan negeri
> dalam keadaan disekat bantuan dari kerajaan
> Persekutuan!.
>
> Julai 1992, Ani masuk pra Akademi Pengajian Islam di
> Nilam Puri. Seorang kawan baru dari Selangor, Ija
> bercerita pengalaman kali pertama sampai Kota Bharu.
> 'Eleh, ini je Kota Bharu. Macam sebuah pekan di
> Selangor aje.' Namun tanpa mengambil masa yang lama,
> Ija jatuh cinta dengan kepimpinan ulama di Kelantan.
> Ija juga menjadi peminat setia Kuliah Tok Guru setiap
> pagi Jumaat. Akhirnya Ija mengaku tidak sanggup
> rasanya menyambung tahun pertama di UM Lembah Pantai
> kerana sayangkan Kelantan. Sirna sudah rasa bangga
> terhadap pembangunan material yang terdapat
> dinegerinya. Apa yang Ija tidak perasan ialah pekan
> Kota Bharu yang disaksikannya itu adalah hasil 12
> tahun UMNO dok jajak Kelantan. September 1992, Ani
> menyambung pelajaran ke Timur Tengah buat bekalan
> menyambung perjuangan para nabi.
>
> Ani tetap mengikuti perkembangan Kelantan dari jauh.
> Kelantan progresif dan dinamik dengan caranya
> tersendiri. Tidak perlu ikut acuan orang lain. Dasar
> Membangun Bersama Islam terus-terusan mengundang
> barakah. Pembangunan jiwa yang menjadi raja dalam
> setiap diri manusia. Pembentukan akhlak.
> Kecemerlangan ilmu pengetahuan. Keseimbangan
> pembangunan material yang dapat dimanfaatkan oleh
> majoriti rakyat. Setiap penduduk Serambi Mekah dapat
> merasa kesegaran udara Islam kecuali di hati mereka
> yang ada penyakit. Hati yang sakit umpama lidah yang
> sakit. Diberi makan makanan sedap pun, dirasakan
> pahit.
>
> Banyak projek yang tergendala dimajukan semula.
> Antaranya Padang Tekukur di Pasir Pekan. Sekarang
> dipenuhi deretan rumah kedai dan perumahan. Taman SBJ
> di Pasir Pekan-Jalan Pasir Mas. Jambatan yang sudah
> ditambah ialah Jambatan Pasir Mas-Salor dan Jambatan
> Tendong. Walaupun banyak juga bukan projek kerajaan
> negeri secara langsung, ia membuktikan bahawa
> pentadbiran Islam tidak pernah meminggirkan
> pembangunan material. Bila sebut Islam, automatik ia
> merangkumi pembangunan spiritual, minda dan material.
> Selain dari itu, bukan Islam namanya.
>
> Rakyat Kelantan tahu benar kelebihan PAS memerintah
> Kelantan. Rakyat juga sudah beri peluang UMNO
> bereksperimen selama 12 tahun di Kelantan. 50 tahun
> di Malaysia. Satu premis judi pun UMNO tidak mampu
> menutupnya. Justeru, pade doh UMNO! Perit doh kawe
> dok bawah kekuasaan orang yang tak takutkan Allah dan
> Hari Pembalasan.. Ani luahkan secebis hasil
> eksperimen yang Ani telah lihat ini dan mereka yang
> celik mata hati untuk diteliti oleh rakyat Kelantan
> khususnya dan rakyat Malaysia amnya.
>
>
> 12.40pm.
> 5 Mac 08/ 27 Safar 1429H

(1296 unread) Yahoo! Mail, ummi_alia

"Saudara pengarang,

Saya adalah seorang penganalisa ekonomi yang sekarang ini bekerja di sebuah firma perbankan yang terkemuka di Malaysia. Saya bertanggung jawab untuk menguruskan dana yang berjumlah RM45.2 juta untuk tujuan pelaburan dalam dan luar negeri. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, saya ingin berkongsi pengalaman dan pengamatan saya mengenai pengurusan ekonomi di Malaysia.

Sebagaimana yang kita tahu, kegiatan ekonomi yang lancar merupakan tunggak kekuatan dan kemajuan sesebuah negara. Namun demikian, banyak dasar dan keputusan ekonomi negara tidak dibuat dengan teratur serta banyak melibatkan kepentingan kroni. Akibatnya, harga barangan asas terus menaik yang menjejaskan majoriti rakyat. Kuasa beli rakyat semakin rendah sedangkan harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat. Ini akan membawa kepada peningkatan inflasi yang seterusnya akan memberi tekanan kepada kadar faedah. Sebarang peningkatan kadar faedah akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Dan sekiranya inflasi lebih tinggi daripada kadar simpanan, maka kita akan melihat simpanan kita terhakis.

Laporan Buku Tahunan The Global Competitiveness Report 2007-2008 (sebuah penerbitan Forum Ekonomi Dunia) telah meletakkan Malaysia berada pada kedudukan ke-21 di dunia dari segi persaingan global. Walau bagaimanapun laporan yang sama meletakkan Malaysia ke tempat 69 dari segi bebanan hutang, tempat 54 dari segi kadar inflasi, prestasi bank, ke 33. Fakta-fakta ini menunjukkan tahap pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah negara. Dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk. Apa yang lebih membimbangkan adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yang berada.

Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidakkecapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat.

Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi

  1. Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000 – 2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.
  2. Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.
  3. Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampong-kampung.
  4. Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.
  5. Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:
    1. Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali – rugi RM10.4 billion.
    2. Kerugian Perwaja Steel – rugi RM10 billion.
    3. Bailout Indah Water Konsortium (IWK) – rugi RM200 juta.
    4. Bailout Konsortium Perkapalan Berhad – rugi RM1.7 billion.
    5. Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton – rugi RM1 billion.
    6. Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
    7. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – rugi RM3.3 billion.
    8. Bailout LRT PUTRA dan STAR – rugi RM6 billion.
    9. Bailout Renong/UEM – rugi RM12 billion.
    10. Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun – rugi RM950 juta.
    11. Hutang tertunggak InventQjaya – rugi RM228 juta
    12. Pampasan Jambatan Bengkok – rugi RM257 juta
    13. Pampasan pembatalan Broga Incinerator – rugi RM500 juta
    14. Kerugian membeli saham Agusta – rugi RM510 juta
    15. Skandal Port Klang Free Zone – rugi RM4.6 bilion
    16. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
  6. Penjualan MV Agusta pada harga 1 Euro sedangkan syarikat tersebut dibeli dengan harga 70 juta Euro.
  7. Pengagihan projek yang tidak telus – dikuasai oleh kroni2 – Patrick Lim dan Kamaluddin – taman tamadun islam, penang city center
  8. Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal – jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.
  9. Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion

Tuesday, March 4, 2008

HarakahDaily.Net - Bersama Dr Haron Din: Pilihlah parti untuk kebahagiaan dunia, akhirat

Bersama Dr Haron Din: Pilihlah parti untuk kebahagiaan dunia, akhirat
Dr Haron Din
Thu | Feb 28, 08 | 10:08:47 am MYT

Soalan | Saya seorang pensyarah di sebuah IPT. Saya tidak berminat soal politik kerana bagi saya, permasalahan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan ukhrawi (agama). Bagaimanapun saya ingin bertanya, apakah tingkah laku ahli-ahli politik atau pengikut mereka akan dipersoalkan di akhirat tentang sikap politik mereka. Mengapa perlu pilih PAS, tidak BN? - Pensyarah Muda, Kuala Lumpur Image

Jawapan | Saudara telah membuat andaian berdasarkan kepada pemikiran sendiri. Pemikiran sedemikian mungkin dipengaruhi oleh keadaan politik semasa yang senantiasa bergolak.

Saya memahami orang pemahaman seperti saudara memang wujud dalam masyarakat kita.

Pemahaman ini wujud kerana teori politik secara umumnya adalah bersifat kebendaan. Ia bersifat sekular.

Sekular adalah suatu sistem yang difahami memisahkan agama daripada kehidupan.

Keseluruhan pemikiran politik yang diteraskan kepada materialisme yang melahirkan fahaman sekular adalah diasaskan ahli-ahli politik Barat, diasaskan kepada akal dan menolak wahyu sebagai alat berpolitik.

Oleh kerana itu, agama kepada sesetengah ahli politik Barat, tidak boleh dicampurkan dengan politik.

Wahyu sebenarnya di luar jangkaan akal manusia. Akal tidak mampu memahami kehendak wahyu. Manusia yang beriman perlu mengambil wahyu sebagai jambatan pengabdian terhadap Allah SWT.

Kefahaman yang diterapkan golongan orientalis menerima wahyu hanya untuk digunakan menyembah Allah, manakala mentadbir negara digunakan akal yang kononnya rasional.

Sekular adalah hasil ciptaan pemikir Barat yang berasaskan realiti dalam masyarakat Barat, khususnya di abad pertengahan sebelum zaman Kebangkitan Eropah (European Renaissance).

Pada zaman itu, masyarakat Eropah dikongkong oleh kuasa gereja. Gereja yang menentukan segala-galanya.

Orang-orang gereja (para Pope) yang paling berkuasa. Kata-kata dan tindakan mereka betul semuanya, tidak boleh disanggah walaupun ia tidak rasional.

Pemikir-pemikir politik Barat, sedar akan kemunduran kerana dijajah oleh keagamaan Kristian yang banyak tidak rasional terhadap mereka, menyebabkan negara mundur. Image

Dari sinilah lahirnya fahaman sekular yang memisahkan penghidupan dengan agama, sekali gus memisahkan agama daripada politik (daripada kalangan Kristian).

Meskipun itu boleh berlaku dalam masyarakat Barat yang berpegang dengan fahaman Kristianiti, ia berbeza dengan agama Islam.

Islam adalah agama yang secara tabi'enya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat.

Firman Allah (mafhumnya): "Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah), iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah ar-Rum, ayat 30)

Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Hukum-hukumnya rasional, mudah diterima akal dan rasional.

Tercatat dalam sejarah Islam dilaksanakan dengan masyarakat manusia, sejarah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada Tahun 1 Hijrah (622 M), terus menerus dilaksanakan dengan jayanya dan tersebar hingga ke seluruh dunia.

Islam berkembang dari Asia ke Afrika, ke Eropah ke Timur.

Sehingga Kerajaan Uthmaniyah di Turki, di bawah pemerintah sultan terakhir digantikan pemerintahan i'lmaniyyah (sekular) Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1924.

Ketika itu lenyaplah negara Islam yang sebenar, melainkan tinggal beberapa buat negara sahaja.

Pemikiran politik Islam bertitik tolak daripada kefahaman Islam yang tidak memisahkan Islam daripada pemerintahan. Image

Ia bersatu dalam satu perkataan di istilahkan sebagai Ad-Din, cara hidup yang lengkap, terungkap seperti firman Allah (mafhumnya): "...Pada hari ini, Aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku terhadap kamu, dan aku reda Islam menjadi ad-Din kamu (cara hidup yang sempurna)..." (Surah al-Maaidah, ayat 3)

Oleh kerana itu, kita umat Islam perlu terima hakikat, Islam adalah agama yang sempurna, termasuk cara berpolitik, memerintah cara Islam.

Jika kita menolak pegangan ini dan memilih yang lain, ia bermakna menolak ketetapan Allah dan merendah-rendahkan agama, seolah-olahnya cara hidup ciptaan manusia, lebih sempurna dari ciptaan Allah.

Merendah-rendahkan agama Allah boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Oleh itu maka pemilihan untuk menyokong sesebuah parti politik dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul, bukan semata-mata terpengaruh dengan arus masyarakat.

Jangan sesekali menyokong sesebuah parti yang perjuangannya mendorong hanya kepada kesenangan dunia, lebih-lebih lagi jika perjuangan itu menjadi penentang kepada perjuangan Islam. Wallahua'lam. - lanh

Saturday, March 1, 2008

HarakahDaily.Net - Terserlah keperibadian Nik Aziz, minta calon BN sain borang

HarakahDaily.Net - Terserlah keperibadian Nik Aziz, minta calon BN sain borang: "Terserlah keperibadian Nik Aziz, minta calon BN sain borang
Azamin Amin
Sun | Mar 02, 08 | 8:49:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Hrkh) - Keperibadian mulia dan akhlak penuh hikmah sentiasa terpapar pada setiap tindak-tanduk serta tutur kata Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat malah lebih terserlah apabila bertemu calon parti lawan yang bakal menentangnya pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata ini terbukti apabila berlaku satu insiden pada hari penamaan calon yang boleh dijadikan renungan tentang keperibadian Tuan Guru yang amat dihormati itu.

Menceritakan pada hari penamaan tersebut, beliau telah mendapat puluhan sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan bahawa Nik Aziz menang tanpa bertanding namun tidak mempercayainya lalu menghubungi pihak di Kelantan untuk mendapat kepastian.

'Calon Barisan Nasional (BN) telah lupa menandatangani borang pencalonan dan mendapat bantahan. Secara peraturannya Tuan Guru sudah menang tanpa bertanding,' katanya.

'Tetapi Tuan Guru tidak mahu menang cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.

'Begitulah sikap penuh hikmah dan ikhlas Tuan Guru yang perlu dicontohi semua pihak,' katanya ketika berucap di ceramah di Tambun Tulang, Perl"

HarakahDaily.Net - Gaya dan 'kemesraan' Abdullah yang menimbulkan tanda-tanya

HarakahDaily.Net - Gaya dan 'kemesraan' Abdullah yang menimbulkan tanda-tanya: "Gaya dan 'kemesraan' Abdullah yang menimbulkan tanda-tanya
Azamin Amin
Sat | Mar 01, 08 | 7:03:18 pm MYT

KUALA LUMPUR,1 Mac (Hrkh) - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sentiasa memperkenalkan konsep 'Islam Hadhari' dan terkenal dengan sajak 'Mencari Damai Abadi' telah mengejutkan banyak pihak lantaran gaya dan 'kemesraannya' yang dilihat begitu kontra dengan apa yang dilafazkan selama ini.

Beberapa keping gambar yang didedahkan oleh laman web Jasindaily.blogspot menimbulkan tanda tanya, bagaimana seorang 'imam' Islam Hadhari boleh memeluk pinggang seorang artis terkenal sewaktu bergambar termasuk berjabat tangan dengan beberapa wanita tanpa rasa segan silu.

Gambar-gambar ini turut dipaparkan dalam akhbar sisipan Kempen (4) terbaru yang telah diedarkan secara percuma ke seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat sikap seorang pemimpin Islam Hadhari yang sebenarnya.

Menurut seorang pemerhati politik gaya Abdullah bergambar ini agak tidak menyenangkan banyak pihak khususnya umat Islam dan memberitahu gaya dan kemesraan bergambar ini tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Sambil melayari laman web yang memaparkan gambar tersebut, dikepilkan beberapa bait puisi beliau 'Mencari Damai Abadi' untuk dijadikan renungan ramai :-

'Aku cari bukan harta"

HarakahDaily.Net - Rakyat lebih makmur di bawah pembangunan berteras Islam – Nik Aziz

Rakyat lebih makmur di bawah pembangunan berteras Islam – Nik Aziz: "Rakyat lebih makmur di bawah pembangunan berteras Islam – Nik Aziz
Intan Abdullah
Sat | Mar 01, 08 | 3:27:45 pm MYT

KOTA BHARU, 1 Mac (Hrkh) - Pembangunan dalam konteks Islam sebenarnya sesuatu yang dilaksanakan kerajaan memberi kemakmuran keapda masyarakat termasuk orang bukan Islam.

Sedangkan pembangunan yang diuar-uarkan sekarang hanya mengutamakan aspek material semata-mata termasuk jalan, bangunan, jambatan dan sebagainya.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika datang ke Kelantan semalam menjanjikan mahu melaksanakan pembangunan yang tidak pernah diimpikan rakyat negeri ini selama ini.

Bagi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat definisi sebenar pembangunan ialah semua masyarakat dapat menerima Islam yang memberi kemakmuran kepada kehidupan mereka.

'Ada sesetengah pihak yang berkata Kelantan tiada pembangunan dan tidak berubah sejak 18 tahun diperintah PAS. Pada saya, tafsiran pembangunan sebenar apabila orang faham mengenai Islam.

'Contohnya, apabila orang Cina boleh memakai t-shirt bulan, sedangkan suatu ketika dulu mereka agak takut dengan PAS. Bahkan ada yang kata, 'tok guru jangan mati lagi,' katanya pada satu program di Kota Darul Naim baru-baru ini.

Orang Cina ujarnya, boleh menerima Islam se"