Wednesday, March 31, 2010

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA

Tuesday, March 9, 2010

Tanyalah Ustaz TV9 : Murah Rezeki


KELAPANGAN DARI ALLAH
Dah lama blog ni terabai. Bila terlalu banyak blog yang perlu di cakna.. begini lah jadinya.
InsyaAllah dengan masa yang Allah berikan ini, ummi akan sampaikan sesuatu sebagai peringatan buat diri sendiri dan kepada semua yang sudi membacanya.

Apa yang akan di sampaikan ini, merupakan apa yang ummi dapat kutip semasa mendengar rancangan ilmu "Tanyalah Ustaz" di tv9. Biasanya pepagi, ummi akan membiarkan tv9 terpasang bagi membolehkan ummi mendengar butir - butir ilmu yang di sampaikan oleh Ustaz yang mengendali kan rancangan tersebut. Dalam kesibukan pagi, sebelum ke tempat kerja, ummi akan cuba catit ilmu yang di sampaikan. Mana yang sempat je. Kekadang kalau masa suntuk, ummi hanya mendengar sambil lalu.. biasanya pepagi ni banyak yang perlu di selesaikan. Jadi, curi - curi masa juga untuk duduk dan mendengar dengan teliti apa yang ingin di sampaikan.Pada 10/03/10 yang lepas, ummi dapat 'cuti' dari doktor atas sebab - sebab kesihatan, jadi ummi gunakan masa yang agak terluang ini untuk mencatit segala yang di bincangkan. Walaupun dalam keadaan yang agak kurang selesa, namun semoga apa yang ummi dapat ini akan menjadi salah satu penawar bagi hati dan mendapat keberkatan dariNya. Amin.

Tajuk yang dibincangkan kali ini adalah mengenai "Murah Rezeki". Bagi setiap topik, biasanya akan dibincangkan selama 2 hari. Hari pertama ia disiarkan, ummi tak sempat nak mencatitnya kerana sibuk dengan kerja rumah. Oleh itu, telah banyak yang ummi terlepas. Apapun, masih banyak ilmu yang berbaki. Semoga ianya dapat di manfaat untuk semua. InsyaAllah..

HATI

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

Hati memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian. Bagi memastikan hati dapat berfungsi dan menjalankan tanggungjawab kepada pemiliknya dengan baik, maka hati itu perlu dijaga serta dikawal dari segala kemungkaran kerana dari situlah akan terbitnya hati yang bersih. Apabila mempunyai hati yang bersih, maka pemiliknya akan lebih terdorong kepada kebaikan dan dirinya akan lebih terjaga dari segala dosa.
Sebaliknya, apabila hati di penuhi dengan dosa, maka sukar untuk seseorang mendapat redha Allah kerana hatinya telah dicemari dengan kekotoran. Ustaz ada menyebut, terdapat banyak cara untuk menyucikan nya, dan antaranya ialah dengan beristigfar kepadaNya. Mohon keampunan dari Allah S.W.T di atas segala kesilapan diri. InsyaAllah dengan beristigfar, maka dosa - dosa yang kecil akan terhapus dan akan membersihkan sedikit sebanyak noda - noda dosa yang melekat di hati..

Jelas ustaz itu lagi, yang Nabi kita yang maksum dan tiada dosa itu pun beristigfar sebanyak 700kali dalam sehari. Jika nak di bandingkan dengan diri kita yang semamangnya banyak dosa, tetapi malas untuk memohon ampun kepadaNya. Berdoa lah, dan mohon lah keampunan dariNya. Apabila hati dah bersih, barulah diri kita akan dekat kepada Allah, dan mudah lah untuk kita mendapat rezeki yang halal dariNya.

(Ni peringatan dari ummi dan buat diri ini juga.. )
Banyak kan lah istighfar dalam hidup kita sehari - hari kerana setiap saat, perbuatan baik dan buruk kita akan di catat oleh 2 malaikat yang tak pernah kenal penat dan lelah. Walau sebesar zarah pun, akan diperhitungkan di akhirat kelak. Oleh itu, moga dosa - dosa kita akan di hapuskan sedikit demi sedikit dengan banyak nya kita mengingati Allah dan mohon ampun kepadaNya.. InsyaAllah..


Persoalan dari penonton :
Soalan 1 :

Sebagai contoh, dalam arena perjuangan ini, ustaz/imam ini adalah merupakan pendidik yang berdakwah kepada semua orang. Oleh itu, boleh kah di samping dia berdakwah, tetapi dalam masa yang sama dia menerima upah di atas apa yang telah di lakukan nya itu?

Jawapan Ustaz :
Sebenarnya semua ini ada kaitan dengan apa yang di bincangkan tadi, iaitu Ikhlas. Dari hati yang bersih lah akan terbit nya sikap ikhlas dan sifat ini akan terpancar sekira pemiliknya mempunyai hati yang suci.
Dalam kehidupan kita sehari - hari, sekiranya kita mengejar akhirat, maka dunia akan mengejar kita. Namun begitu, jangan lah sampai kita mengejar akhirat sehinggakan kita meminggirkan dunia. Kita juga perlukan kehidupan di dunia untuk mencapai kejayaan di akhirat.

Oleh itu, tidak salah bagi seorang ustaz atau imam itu mengambil upah di atas setiap pekerjaan yang di lakukan nya. Ianya adalah upah di atas usahanya, penat lelah nya, tenaganya, dan masa yang diperuntukkan nya. Tetapi bayaran yang di ambil itu bukan lah atas ilmu yang di sampaikan. Ini kerana ilmu itu sendiri tidak boleh di jual beli. Ilmu itu datang dari Allah.
Ustaz membawa sebuah kisah yang berkaitan dengan hal mengambil upah ini.


Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Said al-Khudri r.a. Pada suatu hari kami bersama-sama dalam perjalanan, bermalam di satu dusun. Datang kepada kami seorang budak perempuan dan berkata : Sesungguhnya kepala desa ini sakit dan tak seorangpun di antara kami yang dapat mengobatinya, adakah diantara tuan-tuan yang dapat mengobatinya ? Salah seorang dari rombongan kami berdiri dan mengikuti budak tadi. Kami tidak mengira yang ia dapat menjadi dukun. Si sakit itu lalu dimenterainya dan sembuh.

Kepadanya diberi hadiah 30 ekor kambing, dan kepada kami disuguhkan susu. Ketika ia kembali kami bertanya : Apakah engkau membolehkan mentera, dan apakah engkau tukang mentera ? Ia menjawab : Tidak, saya bukan tukang mentera, tetapi aku hanya membacakan Ummul-Kitab (al-Fatihah). Kami katakan : Kejadian ini jangan dikabarkan kepada siapapun, sebelum kita tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. lebih dahulu. Sesudah kami sampai di kota Madinah, kami datangi Rasulullah s.a.w. dan kami ceritakanlah kejadian itu. Rasulullah lalu berkata : Siapa tahu bahwa surah itu (al-Fatihah) adalah mentera (obat) bagilah hadiah itu dan berikan saya sebahagian darinya.

Kejadian seperti inipun diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dari Hisyam. Di dalam beberapa riwayat dari Muslim diterangkan bahwa penyakit orang yang disembuhkan itu ialah karena sengatan binatang yang berbisa dan yang menyembuhkan itu adalah Abu Said al-Khudri sendiri.
Sumber : http://old.nabble.com/-sastra-pembebasan--7-%28Tujuh%29-Kelebihan-Keistimewaan-al-Fatihah-td22427087.html

Dari kisah ini, ustaz menerangkan yang memang di bolehkan seseorang itu mengambil upah kerja yang dilakukan nya. Bukan lah atas ilmu/bacaan Al Fatihah itu yang diupah, tetapi di atas usaha yang telah di lakukan nya. Wallahua'lam.


Soalan 2 :Kenapa terdapat orang yang tidak menunaikan solat, namun rezeki nya melimpah ruah?



Antaranya kisah yang boleh di jadikan teladan adalah mengenai kisah Qarun yang hidup pada zaman Nabi Musa alaihissalam. Istilah atau nama Qarun (قارون) dinyatakan sebanyak 4 kali dalam al-Quran, iaitu dalam surah al-Qasas ayat 76, surah al-Qasas ayat 79, surah al-Ankabut ayat 39 dan juga surah Ghafir ayat 24.


# Sesungguhnya Qarun adalah daripada kalangan kaum Musa. Namun dia bertindak melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah anugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepada beliau “Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan. Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”. Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka. (Surah al-Qasas, ayat 76-78).



# Dan dia tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias (dengan segala kebesaran yang dimiliki). Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata “Alangkah baiknya kalau kita perolehi sepertimana yang diperolehi oleh Qarun, iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar”. (Surah al-Qasas, ayat 79).


# Dan Qarun, Fir`aun dan Haman, sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa alaihissalam dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya , namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah Taala. (Surah al-Ankabut, ayat 39).


# Dan sesungguhnya Kami telah utuskan Musa dengan ayat-ayat Kami dan kekuasaan yang jelas (hujjah yang nyata) kepada Fir-aun, Haman dan Qarun, lalu mereka mengatakan (menuduh Musa) sebagai ahli sihir yang menipu. (Surah Ghafir, ayat 23-24).



Qarun berketurunan Bani Israel dan merupakan sepupu Nabi Musa bin Imran bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub. Adapun Qarun pula bin Yashhar bin Qahath bin Lawa bin Ya`aqub. Qarun dikenali sebagai al-Munawwir lantaran rupa parasnya yang tampan.

Disebabkan kemerduan suaranya ketika membaca kitab Taurat, dia juga digelar al-Nur (cahaya) (sila lihat al-Sya`rawi, Qasas al-Anbiya’, jld.4, hlm 2141). Beliau terkenal di kalangan Bani Israel sebagai individu yang paling mahir tentang kitab Taurat (seorang cendikiawan Islam).

Awal kehidupan Qarun amat begitu miskin dan mempunyai ramai anak. Namun dia berhati mulia lagi dermawan terhadap golongan faqir miskin. Malah ramai dikalangan faqir miskin yang berdoa “Wahai Tuhan kami…biarlah Qarun jadi kaya-raya walaupun kami miskin…mudah-mudahan dia dapat memberi sumbangan derma kepada kami yang miskin ini”.


Doa ini pernah dilafazkan di hadapan Qarun hingga menyebabkan dia sendiri merasakan dirinya lebih berhak menjadi kaya demi untuk menyumbang derma kepada orang lain. Lantaran itu dalam suatu kesempatan, dia pernah minta Musa alaihissalam mendoakannya kepada Allah agar diberikan kekayaan harta benda dan permintaan tersebut dimakbulkan oleh Tuhan.

Meskipun begitu Qarun kufur nikmat Allah yang diberikan kepadanya lalu diazab oleh Allah. Dia mati dengan berstatus murtad dalam keadaan tertimbun lalu tenggelam beserta harta bendanya bersama para pengikutnya dalam tanah dalam waktu semalaman di sebuah kawasan yang terletak dalam daerah al-Fayyum, Mesir. (juga dikenali sebagai Danau Qarun).


Begitulah kesudahan bagi kisah Qarun yang di berikan nikmat oleh Allah, namun leka dan lalai dengan kesenangan yang telah di perolehi. Kisah ini memberi pengajaran kepada semua masyarakat sekarang, yang mana kesenangan itu tidak akan kekal dan perlu sedar bahawa kesenangan dan kemewahan yang diperolehi juga merupakan salah satu ujian dari Allah kepada hambaNya.

Orang kaya yang tidak bersembahyang ini ibarat seperti emas celup. Ianya tidak sebagaimana emas tulen. Jika di buat perbandingan, terlalu banyak perbezaan bagi mereka yang tergolong di kalangan 'emas celup' dan 'emas tulen' ini.

Mereka yang sujud dan patuh dengan perintah Allah, mereka akan hidup tenang walaupun kehidupan mereka susah.

Antara amalan Ibn Qayyum untuk menarik rezeki adalah dengan berzikir kepada Allah setiap masa. Kalau dalam kehidupan kita seharian, ianya boleh di lakukan bila - bila masa sahaja, tidak kiralah semasa membawa kereta ke, semasa mendodoi anak ke, ketika sedang membuat kerja di pejabat atau di mana - mana sahaja.
Antara amalan lain yang boleh di lakukan bagi membolehkan rezeki mudah masuk adalah dengan membanyakkan solat sunat dhuha setiap pagi. Cuba luangkan sedikit masa untuk melakukan nya kerana bukan sahaja rezeki akan datang kepada kita, malah hati juga akan tambah tenang. InsyaAllah.
Ringkasan :
- Kita susah untuk mendapat rezeki kerana kita jauh dari Allah dan tidak bertakwa kepadaNya
- Kurang nya zikir
- Selain solat dhuha, amalkan membaca surah Al Waqiah


Soalan 3 :
Kenapa ada juga di dalam kehidupan kita, sudah pun banyak sembahyang, dan berdoa, tetapi di mana silapnya kerana masih susah untuk mendapat rezeki?.

Jawapan :
Sesiapa yang suka umurnya di panjangkan, dan dimurahkan rezekinya, maka hendaklah ia berbuat baik dengan ibubapanya. Ini kerana redha Allah adalah redha ibubapa. Ibubapa adalah pencetus rezeki anak - anak. Oleh itu, kita tidak boleh sekali - kali mengabaikan ibubapa yang telah banyak berkorban untuk kita.

Tetapi, dalam kes ini, semua kebaikan telah pun di buat. Kenapa tak datang jugak rezeki?. Kita perlu muhasabah kembali, adakah pernah kita memutuskan silaturrahim?. Ini kerana tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturrahim.

Sesiapa yang suka di panjangkan umur dan di murahkan rezeki, maka panjangkan lah silaturrahim antara saudara mara.

Antara lain, kita perlu perhatikan konsep yang di amalkan oleh diri kita dan keluarga. Konsep berbelanja?. Bagaimana caranya?. Sekiranya ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa dan jika sekiranya ikut nafsu, lesu.

Selain itu, bagi mereka yang suka mengamalkan tabiat bangun lewat di waktu pagi, harap dapat meninggalkan tabiat itu. Berpagi - pagilah kamu mencari rezeki Allah kerana adalah keberkatan di pagi - pagi itu.

Bagi mereka yang belum berkahwin pula, maka di anjurkan supaya cepat - cepat mendirikan rumah tangga kerana rezeki juga terdapat di dalam sebuah perkahwinan.
Dalam surah At Taubah, ayat 28
"Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"
Apabila selepas mendirikan rumahtangga, maka jangan pula berlengah - lengah dalam mendapat anak kerana rezeki juga akan datang dengan kehadiran anak. Sebab itulah, jangan kita terlalu berkira dengan anak - anak kerana sumber rezeki kita juga datang dari mereka.

Sayangilah keluarga anda. InsyaAllah akan mendapat keberkatan dariNya..


Wallahua'lam
p/s : pengisian ini adalah dari apa yang sempat ummi catit dan daripada apa yang ummi faham semasa mendengar kuliah tersebut. Jika terdapat sebarang kekurangan, ummi mohon ampun dan maaf. Segala yang baik adalah datang dari Allah dan yang buruk dan dhaif itu dari diri ummi ini yang hakikatnya datang dari Allah jua. Semoga Allah ampunkan di atas segala kekhilafan diri ini.. Amin.


Sunday, October 25, 2009

"Tak sampai seru.."


"Saya tak boleh pergi lagi.. saya tak sampai seru lagi.. tunggu la.. "
Sebenarnya ramai yang tak faham dengan ungkapan itu.
Tetapi, biasanya ungkapan itu lah rata - rata orang akan berikan sekiranya soalan bila nak ke Mekah untuk menunaikan haji di tanya.

Sebelum ini, ummi pun agak kurang arif tentang ini. Apabila 'mengaji' sedikit sebanyak mengenai sirah ni, barulah tahu yang ungkapan itu sebenarnya salah. Dan, tak patut di jawab sebegitu sekiranya di tanya oleh seseorang kepada kita.

Seperti petikan di bawah; sebenarnya seruan telah lama sampai kepada kita... iaitu roh - roh kita yang telah menyahutnya..

Oleh itu, ummi mengharapkan kita semua akan mengotakan janji kita dengan Allah.. tak hari ini, mungkin lain ketika atau apabila kita diberi kelapangan.. cuma, semua perlu berdoa dengan Allah, semoga Allah permudahkan kepada kita semua untuk menunaikan haji..

InsyaAllah.. Moga bermanfaat untuk semua..

--------------------------------------------------------

Jabal Abi Qubais.Di timur Baitullah, jika kita membelakangkan hajarul aswad yang mulia, akan terpandanglah kita sebuah istana megah berdiri atas sebuah bukit yang telah ditarah habis. Bukit yang telah diperkosa sedemikian rupa, itulah Jabal Abi Qubais yang mempunyai sejarah berkait rapat dengan sejarah Baitullah dan Kota Makkah al-Mukarramah. Jabal Abi Qubais atau lebih masyhur di lidah orang kita sebagai Jabal Qubais atau orang kampung aku panggil "Jabal Kobes", dahulunya mencapai ketinggian 420 meter. Ada riwayat yang menyatakan bahawa Jabal Abi Qubais inilah seawal-awal gunung / bukit yang dicipta Allah atas muka bumi ini. Imam as-Sayuthi rhm. meriwayatkan dalam "al-Wasaa-il fi Musaamiratil Awaa-il" halaman 6 menulis:-

" Dan seawal-awal jabal yang diletakkan Allah atas bumi adalah Abu Qubais, kemudian terpencar (tersebar) darinya segala jabal. Ibnu 'Asaakir menyatakan bahawa dalam sanad hadits ini ada rawi yang majhul dan bahawasanya ianya dihafaz / diterima daripada perkataan 'Atho`".

Banyak peristiwa bersejarah berkait dengan Jabal Abi Qubais. Jabal Abi Qubais dikenali juga sebagai Jabal al-Amin (bukit kepercayaan / bukit penyimpan amanah), kerana Allah telah mengamanahkan hajarul aswad dalam simpanannya pada waktu taufan dan bah zaman Nabi Nuh a.s. Tatkala Nabi Ibrahim membina semula Baitullah, maka Jabal Abi Qubais mengeluarkan kembali hajarul aswad lalu dibawa oleh Sayyidina Jibril a.s. dan serahkan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Dalam sebahagian kitab-kitab tafsir seperti "Tafsir al-Jalalain" dan "Tafsir al-Qurthubi", dalam memberikan tafsiran bagi firman Allah s.w.t. yang kira-kira bererti:-
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh", (al-Hajj: 25 -)

Tafsir Pimpinan ar-Rahman menyatakan bahawa seruannya Nabi Ibrahim ini dilakukan baginda dari puncak Jabal Abi Qubais. Imam al-Qurthubi meriwayatkan dalam tafsirnya tersebut daripada Sayyidina Ibnu 'Abbas r.a. dan Sayyidina Ibnu Jubair r.a. yang menceritakan bahawa setelah Nabi Ibrahim menyelesaikan pembinaan Baitullah, maka Allah berfirman kepada baginda:

"Serukanlah segala manusia untuk mengerjakan haji."

Maka Nabi Ibrahim bertanya: "Wahai Tuhan, adakah seruanku akan sampai kepada mereka"? Allah menjawab: "Serulah dan atas Akulah menyampaikannya." Lalu naiklah Nabi Ibrahim Khalilullah akan Jabal Abi Qubais dan berteriaklah baginda dengan katanya: "Wahai manusia ! Bahawasanya Allah telah memerintahkan kamu untuk menunaikan haji ke Baitullah ini, untuk diganjari kamu dengan haji tersebut akan syurga dan diselamatkan kamu daripada azab neraka, maka berhajilah kamu." Seruan Nabi Ibrahim ini telah dijawab oleh segala roh manusia yang berada di tulang-tulang sulbi lelaki dan rahim-rahim perempuan dengan ucapan talbiyyah "LaibaikAllahumma labbaik", sesiapa yang menjawabnya pada hari tersebut maka dia akan berhaji sebanyak mana jawapannya, jika menjawab sekali akan berhaji sekali dan jika dua kali akan berhaji dua kali, dan dari sinilah bermulanya ucapan talbiyyah yang menjadi semboyan atau syiar para hujjaj. Selain daripada itu, diriwayatkan juga bahawa batu-batu yang digunakan untuk membina Baitullah yang mulia diambil dari Jabal Abi Qubais.

Untuk maklumat lanjut.. sila layari..
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5045.0;wap2

Sunday, October 4, 2009

Saad bin Muaz

"Sebuah kisah mengenai seorang sahabat Nabi Muhamad SAW iaitu Saad bin Muaz.

Saad Bin Muaz ialah sahabat nabi yang paling hitam, lebih hitam dari bilal. Beliau telah memeluk islam pada umur 31 tahun dan beliau telah meninggal dunia pada umur 37 tahun kerana telah syahid didalam peperangan. Ini bermakna beliau hanya memeluk islam selama 6 tahun sahaja.

Tetapi disaat syahid beliau, Rasulullah berkata Arash Allah bergegar kerana dengan tangisan para malaikat.Ini kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan Saad bin Muaz kepada perkembangan Islam pada masa itu.

" Cuba kita fikirkan sudah berapa lama kita dalam islam - 20 tahun? 30 tahun ? 50 tahun mahupun 70 tahun ??? Cuba senaraikan apakah sumbangan dan pengorbanan kita kepada agama islam yang maha suci ini??

Umat islam kini lebih sibuk mengumpul harta dunia dan lebih bersifat individulistik ??"

Memandangkan ummi dah terlalu lama mengabaikan blog pengisian keluarga kita ini, maka di kelapangan yang Allah berikan ini, ingin ummi sampai kan sesuatu untuk semua sebagai pengisian untuk kita semua.. semoga bermanfaat..

Kisah ni, ummi baru dapat semasa kuliah agama di office semalam. Tapi, bila browse internet, dah pun ada details mengenainya dalam salah satu blog sahabat ni.. so, ummi copy and paste here.

sebagai pengisian untuk semua..
---------------------------------------------------------------
Saad bin Muaz, beliau ada seorg sahabat yg berkulit amat hitam. kisahnya beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah berkata jgnlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau. Lalu Rasullullah bertanya kepada sahabat yg lain samada ada diantara mereka yg tahu tempat tinggal seorang gadis yg amat terkenal kecantikannya di madinah pada waktu itu lalu jawablah seorang sahabat. sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah untuk membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi sendiri yg menjamin Saad.

Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika dengan bapa wanita tersebut, saad pon menyatakanlah hajat dia iaitu mahu meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin. lalu terperanjatlah bapa wnaita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau saad keluar dr rumahnya. lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah. wanita tersebut keluar berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad. tanya bapanya adakah dia mahu berkahwin dengan saad yg hodoh orgnya itu? maka kata anaknya mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana saad itu adalah pilihan Allah dan Rasulnya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya. Pulang Saad menemui Rasulullah, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak. kemudian dtg bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Di tanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau duit untuk berkahwin? maka jawab saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar (kalo tak saya, nnt sy check balik) dan meminta 10 dinar dan saidina Ali berjumlah 10 dinar. lalu pergilah saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar, Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Saidina Ali memberi 20 dinar. lalu pulang Saad berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar. lalu Rasulullah berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk membeli peralatan rumahtangga. jadi pergilah saad membeli barang keperluan rumahtangganya.

semasa memilih barang keperluannya, terdengar saad jeritan mengatakann Rasulullah memanggil semua bersedia untuk berperang kerana musuh telah tiba, lalu saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai lengkap dan terus ke medan perang. sesampainya beliau dilihat telah ramai org bersedia dan beliau terus ke bahagian hadapan dan duduk di sebelah saidina umar (yg ni pon lupa, sahabat yg mana, nnt check balik). berbisik-bisiklah sahabat yg lain mengatakan siapakah itu kerana saad perperisai penuh menutup muka, ada yg mengatakan mungkin dtg dari yaman dan turut serta di dalam peperangan setelah diseru oleh Rasulullah.

dalam peperangan tersebut, kuda Saad telah di panah lalu tumbang, saad yang jatuh, bangun lalu menyinsingkan lengannya kemudian barulah sahabat yg lain perasan bahawa itu adalah Saad bin Muaz yg terkenal dengan kehitamannya. Beliau telah gugur di dalam peperangan tersebut sebagai seorang syahid tanpa sempat menyentuh pon isteri beliau. Berkata Rasulullah, di saat syahidnya Saad, bergegarlah Arash Allah dengan tangisan para malaikat.

Ini adalah satu kisah yang memaparkan betapa besar pengorbanan para sahabat yg sanggup meninggalkan isteri yg baru mereka nikahi untuk pergi ke medan perang memperjuangkan agama Allah.

Sumber : http://www.blogcatalog.com/blog/selamat-datang-ke-blog-melayu-bestari/cdc5cd46293c51c412943cc764491079
dan : http://azmirabdullah.blogspot.com/2007/01/saad-bin-muaz.html

Tuesday, March 24, 2009

Info : Berhati - hati apabila makan udang

Cerita di bawah ini mohon kasih tahu kepada semua teman/orang yang anda sayangi,

Peristiwa ini terjadi di Menado, ada seorang wanita meninggal mendadak dengan lima panca indera keluar darah, setelah diselidiki ternyata wanita ini meninggal bukan karena bunuh diri atau dibunuh, melainkan karena ketidaktahuan tentang racun akibat makanan.

Wanita ini ada kebiasaan minum Vit C tiap hari. Ini tidak masalah. Masalahnya, malam itu wanita ini kebanyakan makan udang.
Sebenarnya cuma makan udang saja juga tidak masalah, karena orang rumahnya juga banyak makan udang malam itu dan tak ada yang meninggal..
Tetapi, karena udang mengandung Arsenic Pentoxide (As2O5), dan berhubung habis makan udang wanita itu minum Vit C, terjadilah reaksi kimia di dalam perut yang membuat As2O5 berubah menjadi Arsenic Trioxide (As2O3) yang sangat beracun.

Ini mengakibatkan hati, jantung, ginjal, pembuluh darah rusak, usus keluar darah, pembuluh darah melebar hingga wanita itu meninggal dengan kelima panca indera keluar darah..

Antara orang yang mendapat doa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
• 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
• 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
• 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
• 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
• 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
• 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
• 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
• 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
• 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
• 10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
• 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita
berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam
menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.
Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa
hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang
bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu,
tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak
hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman
rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka
terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".. Perempuan cantik itu lalu
berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai
tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah.. Tolonglah saya. Doakan saya agar
Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya
takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!"
desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah
berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu
meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak
itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita
itu
seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka
berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa
Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak
Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur
luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari
dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu
harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana
lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana
pula manusia lain bakal menerimanya?Terbayang olehnya betapa besar
dosanya,
betapa jahat perbuatannya.. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat
Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?
Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.

Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian
wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa
ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih
besar daripada perempuan yang nista itu?"


" Ada !" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian
penasaran."Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa
menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali
berzina".Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil
wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan
dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan
tersebut.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan
sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat
bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.
Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan
seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan
memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan
menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman
di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan
kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.
(Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih
besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,
membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.

Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat

sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa
dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu
tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya
adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita
pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan
timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.